San Francisco Giants
San Francisco Giants

San Francisco Giants

San Francisco Giants merupakan sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di San Francisco. Giants telah bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) West. Giants ditubuhkan pada tahun 1883 yang dikenali sebagai New York Gothams sebelum diubah sebagai New York Giants pada tiga tahun kemudian. Pasukan ini berpindah dari New York ke San Francisco pada tahun 1958.Giants merupakan salah satu pasukan tertua dan paling berjaya dalam besbol Amerika apabila meraih kejuaraan terbanyak berbanding mana-mana pasukan dalam kalangan sukan utama di Amerika.[6] Pasukan ini mula bertanding di liga besbol dari New York City dan beraksi di Polo Grounds. Giants telah beraksi di kejuaraan Siri Dunia sebanyak 20 kali. Pada tahun 2014, Giants merangkul kejuaraan pennant National League buat kali ke-23 sekali gus menghasilkan rekod baru sebelum ia dileburkan oleh musuh tradisi, Dodgers yang merebut kejuaraan NL ke-24 pada 2022. Giants menjuarai lapan kejuaraan Siri Dunia dan menjadi pasukan NL kedua yang memenangi kejuaraan terbanyak dan pasukan kelima dalam keseluruhan pasukan.[7]Giants meraih 17 pennant dan lima kejuaraan Siri Dunia semasa di New York yang dibimbing oleh pengurus John McGraw, Bill Terry dan Leo Durocher. Pemain-pemain terkemuka ketika zaman New York termasuklah Christy Mathewson, Carl Hubbell, Mel Ott dan Willie Mays yang menyertai 63 pemain Giants lain di Dewan Kemahsyuran menjadikan Giants memiliki pemain teramai berbanding pasukan lain.[8] Giants juga menghidupkan persaingan sengit dengan Los Angeles Dodgers menjadikannya sebagai persaingan terlama masih bertahan dan paling terkenal dalam sukan Amerika yang bermula sejak di New York lagi dan diteruskan apabila kedua-dua pasukan ini berpindah ke California pada 1958.[9][10]Walaupun usaha-usaha dan sumbangan oleh Mays dan Barry Bonds yang kedua-duanya dianggap sebagai pemain besbol terbaik sepanjang zaman,[11] Giants menamatkan penantian kemarau kejuaraan selama 56 tahun selepas berpindah ke divisyen barat. Sepanjang tempoh itu juga menyaksikan mereka menghadapi kekecewaan tewas dalam Siri Dunia sebanyak tiga kali. Kemarau ini akhirnya menemui noktahnya pada awal 2010-an apabila pengurus Bruce Bochy mengendalikan Giants untuk mengaplikasikan sabermetrik dan membentuk sebuah dinasti besbol. Hasilnya, mereka meraih kejuaraan Siri Dunia pada tahun 2010, 2012 dan 2014 sekali gus menjadikan Giants sebagai pasukan kedua dalam sejarah NL yang meraih tiga kejuaraan dalam tempoh masa lima tahun.[12][13][14]Sehingga tahun 2022, rekod sepanjang zaman pasukan ini ialah 11,382-9,854.[15] Pengurus kini pasukan ialah Gabe Kapler.

Rujukan

WikiPedia: San Francisco Giants https://www.mlb.com/giants/history/uniforms https://web.archive.org/web/20191024022600/https:/... https://www.mlb.com/cut4/everybody-at-world-series... https://web.archive.org/web/20190112095033/https:/... https://www.mlb.com/news/weird-fact-about-every-ml... https://web.archive.org/web/20200408064648/https:/... https://www.digitalpublications-mlb.com/157005/157... https://web.archive.org/web/20210114210214/https:/... http://www.crainsdetroit.com/article/20121028/FREE... https://web.archive.org/web/20170525153429/http://...